Friday 30 December 2011

EPISOD 1: Leaving on a jet plane


http://www.youtube.com/watch?v=f4hsC0nRvZM&feature=related 

“Morning Kak La, cantik baju arini, siap kelip-kelip agi tudung. Nak ngorat bos ke??,. hahahahh“, sapa aku. Macam biasa, hobi aku adalah menyakat member ofis, terutamanya Kak La. Kak La panggilan manja setiausaha bos di ofis aku. Kak La orangnya manis berbadan gempal sikit, dan rajin.
“Morning Uda. Yeke Kak La cantik. Tudung nih Kak La beli dari member, dia sekarang dealer tudung baju. Sebab member, tuh yang beli. Lagipun dia kasi diskaun sikit kat kak La.“  Jawab Kak La padaku.
“ Uda, bos pesan petang semalam, pagi ni dia nak jumpa uda, penting katanya“ cakap Kak La lagi.
“Ada apa nih Kak La“, balas aku. Aku dah mula cuak. Jantungku berdebar kencang. Aku dah mula mengimbau kerja-kerja aku, mencari apa kesalahan yang telah buat. “Mampus aku kene maki di bos nanti“ rintih hatiku. Tahan telinga jelah nampak gayanya.
Melihat perubahan riak mukaku Kak La mula bersuara, “Uda, xde apalah. Ada berita baik untuk Uda lah. Tak payah cuak sangat. Kalau bos nak maki pun, bukan tak biasa. Kak La lagi teruk, hari-hari kene mengadap pakcik tua tuh. Dah lali dah kene maki. Hehehehee..“, Kak La cuba menenangkan aku.
..........
“Uda, kita dapat satu projek bina hospital di Kedah. Kita perlukan engineer untuk monitor projek tuh di sana. Dulu awak ada bagitau saya awak ada degree kan, so, kalau awak berminat, saya nak offer awak jadi engineer untuk handle projek kita di sana.” Jelas bos.
”Erm.,.,. boleh tak bos kasi saya masa untuk fikir dulu, Kedah jauh gak tuh bos,” terkejut campur gembira bila dengar berita nih. Tapi aku masih perlukan masa untuk buat keputusan nih. Terengganu tempat lahir aku, family ada di sini, walaupun mak ayah dah xde, tapi adik beradik still ada di sini. Lagipun awek aku, Sarah duduk di Kerteh. KT ngan Kerteh dah dekat sejam setengah drive, tuh pun 2 minggu sekali jer leh jumpe. Lagi lah bile dah stay di Kedah. Makin jauh siut . Makin susahlah aku nak jumpe dia. 2 bulan sekali baru bleh jumpa agaknya.
“Macam ni lah uda, saya kasi awak seminggu untuk buat keputusan, kalau tak kita akan bukak iklan jawatan kosong untuk isi post ni. Saya kene submit nama engineer kat Kementerian Kesihatan pulak 3 minggu lagi nih.“ Jelas bos.
...................
“Sarah, abg nak bincang sikit leh?, bos offer abg post engineer, tapi bukan di sini, tapi di Kedah. Macamana pendapat Sarah“ tanya aku.
 “Apa bang?? Elok lah tuh. Abg kan ada degree. Memang layak lah jadi engineer. Dah setahun keje jadi technician. Buat rugi jer belajar tinggi-tinggi, tapi jadi technician je. Malu Sarah ngan kawan-kawan taw” Balas Sarah.
Aku dengan Sarah dah 2 tahun kapel. Kami start kapel masa time final year di U dulu. Dia first love aku. Aku pemalu sikit. Tak suke sangat bergaul ngan pompuan. Tapi yang syoknye, Sarah yang tekel aku. Sarah comel orangnya, tapi dia tegas sikit. Bekas Timbalan Presiden MPP di U dulu. Lepas abis degree Sarah terus dapat kerja di PETRONAS Kertah. Maklumlah budak scholarship PETRONAS. Tapi aku, lepas jer abis degree menganggur dekat 6 bulan. Nak mintak kerja di KL boleh, tapi time tuh arwah mak tak berapa sihat. So, just cari kerja di area KT jer. Boleh jaga mak di rumah. Walaupun adik beradik ramai, tapi semuanya dah tak duk di rumah tuh sbb kerja dan belajar. Aku pulak dah lama duk jauh dari mak, start dari form 1 duk asrama sampai abis degree. Just balik rumah time cuti jer.  Tu sbbnya aku wat keputusan nak kerja di KT jer.
KT bukannya ada banyak kerja kosong pun. Masa apply company skrg nih pun, jawatan kosong yang offer masa tuh adalah technician. So aku hulur jelah diploma aku. Nasib baik dapat kerja. Technician pun technian lah. Asalkan ada kerja.
“Erm.,. law camtuh abg akan terima offer tuh yer, Sarah. Tapi kita dah xleh selalu jumpe cam dulu lah. Jauh kan.” Bagitau aku.
“Takpe lah bang. Sarah paham. Lagipun Sarah selalu jer busy sekarang. Kene take over kerja Head department. Dia cuti sakit.” Jelas Sarah.
………….
Hari ini hari Sabtu. Kami plan nk jumpe di MERSA MALL. Nak spent time together. Besok aku dah nak gerak ke Kedah. Isnin dah nak masuk ofis baru. Jam 8 pg aku dah siap-siap dari KT drive ke Kerteh. Macam biasa, sebelum tolak aku akan sms Sarah bgtaw aku dah nak gerak. Dalam jam 9 pg, masa tuh dah kat Dungun, Sarah baru reply sms aku.
“Sori bang, Sarah kene gerak ke offshore skrg jugak. Platform ada masalah. Emergency. Sori sayang. Date kite cancel. Tak sure bile setel. Nanti apa-apa hal sarah call abg ye”
“Owh. Kecewa aku. Lagi setengah jam dah nak sampai. Kene patah balik. Sia -sia je datang sini, buat rugi duit minyak kereta aku jer,“ sungut aku.
..................
BYE SARAH, BYE TERENGGANU.,., aku dah nk gerak ke KEDAH.,.
kiss me and smile for me, tell me that you wait for me, hold me like u never let me go.,.,
~ Leaving on a Jet Plane ~

3 comments:

  1. dh dpt offer kat kedah tu pon ok ape....g ja la..projek tu pon ok jew,,,
    panjang nye post

    ReplyDelete
  2. hehehe.,. nanti nk wat sikit3.,., law tak cepat abis lak citer nih.,.

    ReplyDelete
  3. Sarah ? saperr tu ? awek kerrrrr ? huh ~

    ReplyDelete