http://www.youtube.com/watch?v=f4hsC0nRvZM&feature=related
“Morning Kak
La, cantik baju arini, siap kelip-kelip agi tudung. Nak ngorat bos ke??,.
hahahahh“, sapa aku. Macam biasa, hobi aku adalah menyakat member ofis,
terutamanya Kak La. Kak La panggilan manja setiausaha bos di ofis aku. Kak La
orangnya manis berbadan gempal sikit, dan rajin.
“Morning
Uda. Yeke Kak La cantik. Tudung
nih Kak La beli dari member, dia sekarang dealer tudung baju. Sebab member, tuh
yang beli. Lagipun dia kasi diskaun sikit kat kak La.“ Jawab Kak La
padaku.
“ Uda, bos pesan petang semalam,
pagi ni dia nak jumpa uda, penting katanya“ cakap Kak La lagi.
“Ada apa nih
Kak La“, balas aku. Aku dah
mula cuak. Jantungku berdebar kencang. Aku dah mula mengimbau kerja-kerja aku,
mencari apa kesalahan yang telah buat. “Mampus aku kene maki di bos nanti“
rintih hatiku. Tahan telinga jelah nampak gayanya.
Melihat
perubahan riak mukaku Kak La mula bersuara, “Uda, xde apalah. Ada berita baik
untuk Uda lah. Tak payah cuak sangat. Kalau bos nak maki pun, bukan tak biasa.
Kak La lagi teruk, hari-hari kene mengadap pakcik tua tuh. Dah lali dah kene
maki. Hehehehee..“, Kak La cuba menenangkan aku.
..........
“Uda, kita
dapat satu projek bina hospital di Kedah. Kita perlukan engineer untuk monitor
projek tuh di sana. Dulu awak ada bagitau saya awak ada degree kan, so, kalau
awak berminat, saya nak offer awak jadi engineer untuk handle projek kita di
sana.” Jelas bos.
”Erm.,.,.
boleh tak bos kasi saya masa untuk fikir dulu, Kedah jauh gak tuh bos,”
terkejut campur gembira bila dengar berita nih. Tapi aku masih perlukan masa
untuk buat keputusan nih. Terengganu tempat lahir aku, family ada di sini,
walaupun mak ayah dah xde, tapi adik beradik still ada di sini. Lagipun awek
aku, Sarah duduk di Kerteh. KT ngan Kerteh dah dekat sejam setengah drive, tuh
pun 2 minggu sekali jer leh jumpe. Lagi lah bile dah stay di Kedah. Makin jauh
siut . Makin susahlah aku nak jumpe dia. 2 bulan sekali baru bleh jumpa
agaknya.
“Macam ni
lah uda, saya kasi awak seminggu untuk buat keputusan, kalau tak kita akan
bukak iklan jawatan kosong untuk isi post ni. Saya kene submit nama engineer
kat Kementerian Kesihatan pulak 3 minggu lagi nih.“ Jelas bos.
...................
“Sarah, abg
nak bincang sikit leh?, bos offer abg post engineer, tapi bukan di sini, tapi
di Kedah. Macamana pendapat Sarah“ tanya aku.
“Apa
bang?? Elok lah tuh. Abg kan ada degree. Memang layak lah jadi engineer. Dah
setahun keje jadi technician. Buat rugi jer belajar tinggi-tinggi, tapi jadi
technician je. Malu Sarah ngan kawan-kawan taw” Balas Sarah.
Aku dengan Sarah dah 2 tahun kapel. Kami start kapel masa time final
year di U dulu. Dia first love aku. Aku pemalu sikit. Tak suke sangat bergaul
ngan pompuan. Tapi yang syoknye, Sarah yang tekel aku. Sarah comel orangnya,
tapi dia tegas sikit. Bekas Timbalan Presiden MPP di U dulu. Lepas abis degree
Sarah terus dapat kerja di PETRONAS Kertah. Maklumlah budak scholarship
PETRONAS. Tapi aku, lepas jer abis degree menganggur dekat 6 bulan. Nak mintak
kerja di KL boleh, tapi time tuh arwah mak tak berapa sihat. So, just cari
kerja di area KT jer. Boleh jaga mak di rumah. Walaupun adik beradik ramai,
tapi semuanya dah tak duk di rumah tuh sbb kerja dan belajar. Aku pulak dah
lama duk jauh dari mak, start dari form 1 duk asrama sampai abis degree. Just
balik rumah time cuti jer. Tu sbbnya aku wat keputusan nak kerja di KT
jer.
KT bukannya ada banyak kerja kosong
pun. Masa apply
company skrg nih pun, jawatan kosong yang offer masa tuh adalah technician. So aku hulur jelah diploma aku.
Nasib baik dapat kerja. Technician
pun technian lah. Asalkan ada kerja.
“Erm.,. law
camtuh abg akan terima offer tuh yer, Sarah. Tapi kita dah xleh selalu jumpe
cam dulu lah. Jauh kan.” Bagitau aku.
“Takpe lah
bang. Sarah paham. Lagipun Sarah selalu jer busy sekarang. Kene take over kerja
Head department. Dia cuti sakit.” Jelas Sarah.
………….
Hari ini
hari Sabtu. Kami plan nk jumpe di MERSA MALL. Nak spent time together. Besok
aku dah nak gerak ke Kedah. Isnin dah nak masuk ofis baru. Jam 8 pg aku dah siap-siap dari KT
drive ke Kerteh. Macam biasa, sebelum tolak aku akan sms Sarah bgtaw aku dah
nak gerak. Dalam jam 9 pg, masa tuh dah kat Dungun, Sarah baru reply sms aku.
“Sori bang, Sarah kene gerak ke
offshore skrg jugak. Platform ada
masalah. Emergency. Sori sayang. Date kite cancel. Tak sure bile setel. Nanti
apa-apa hal sarah call abg ye”
“Owh. Kecewa
aku. Lagi setengah jam dah nak sampai. Kene
patah balik. Sia -sia je datang sini, buat rugi duit minyak kereta aku jer,“
sungut aku.
..................
BYE SARAH, BYE TERENGGANU.,., aku
dah nk gerak ke KEDAH.,.
kiss
me and smile for me, tell me that you wait for me, hold me like u never let me
go.,.,
~
Leaving on a Jet Plane ~
dh dpt offer kat kedah tu pon ok ape....g ja la..projek tu pon ok jew,,,
ReplyDeletepanjang nye post
hehehe.,. nanti nk wat sikit3.,., law tak cepat abis lak citer nih.,.
ReplyDeleteSarah ? saperr tu ? awek kerrrrr ? huh ~
ReplyDelete